You are hereMakan Apa di Perlis?

Makan Apa di Perlis?


3

Makan Apa di Perlis?

http://mayyaclassic.wordpress.com

Sejak saya kembali ke Negeri Perlis hampir setahun lepas, saya sudah pandai makan-makan di Perlis. Sebelum itu, saya amat tidak tahu untuk makan sedap di mana di Negeri Perlis. Untuk senarai peribadi saya, supaya tak lupa di masa hadapan tentang di mana saya patut makan, di sini saya senaraikan tempat makan dan makanan yang paling saya suka di Perlis:

1) ABC dan masakan panas di Tasik Melati, Beseri- Slurrrp. Nampak Air Batu Campur (ABC) atau orang Perlis lebih suka panggil ia sebagai Ais Kacang kat atas ni? ABC yang menggiurkan ini, cukup dengan sirap ros dan gula merah, kombinasi kekacang, jagung,cendol,dan lain-lain yang amat serasi. Sangat-sangat sedap dan saya selalu rindu ABC ini. Walaupun tanpa straw gedabak dan Aiskrim yang menjadi trademark kedai-kedai canggih yang lain, ABC di gerai ini amat menusuk kalbu. Selain ABC, gerai ini turut menjual makanan panas, dan yang paling saya suka ialah nasi goreng ayam dan Kuey Tiaw Kuah. Cara masakannya adalah secara Melayu Asli, tak terikut dengan pengaruh Siam atau Indonesia.

2) Bihun Sup Aris- Bihun Sup ini agak lain daripada yang lain. Saya mengagak bahawa tuan punya bihun sup ini, iaitu En.Aris, menggabungkan resepi bihun sup Siam dan Melayu. Kuahnya tidak berminyak, berwarna hitam. Bihunnya berwarna putih dengan kombinasi sayur kangkung, lobak asin, kacang tanah tumbuk, dan daging, serta serbuk cili. Bihun ini dijual di Pasar atau Nat sehari di Balai Baru, Beseri.Boleh didapati setiap Sabtu, Isnin dan Rabu. Di Nat Mata Ayer pula, hari Ahad.

3) Anjung Keli- Ini adalah tempat yang ideal untuk makan tengah hari. sesuai sekali dengan namanya, sememangnya ikan keli menjadi menu utama di sini. Ikan keli salai masak lemak, keli bakar, keli goreng, sambal keli, dan keli sambal hijau. Masakan lain semua merupakan masakan kampung. Masakan pilihan saya ialah sambal goreng tempe. Lihatlah kulit saya yang mulus ni, akibat makan tempe.Blueeekkk.

4) Tomyam Padang Besar- Kalau di Malaysia ni, bagi saya, di sinilah tempat makan tomyam yang paling nikmat. Menghirup kuahnya yang pekat,pedas dan masam melekat di lidah dan di hati. Mereka menggunakan dua ekor udang yang kepalanya besar gedabak.Padankan tomyam ni dengan Kailan Ikan Masin dan telur dadar. Pasti terangkat. Lokasinya ialah di Arked Niaga Padang Besar.

5) Somtam Padang Besar- Somtam terhasil dengan ramuan betik atau mangga muda dengan gula kabung(nam tan), cili padi, kicap sotong, jeruk bawang putih, kacang goreng, kacang panjang dan lain-lain. Rasanya sangat authentic Thai. Deria rasa kita akan kebengangan bila makan somtam sebab ia memiliki segala rasa yang Allah cipta. Somtam terbaik di Padang Besar adalah di Kedai Kak Wati, berhadapan Balai Bomba Padang Besar. Selain somtam, makanan terbaik yang lain di gerai tersebut ialah Pulut ayam dan Laksa Lemak Thai.

6) Pokok Sawa- Restoren pilihan untuk makan tengah hari sewaktu bekerja. Jaraknya agak dekat dengan tempat kerja saya. Seperti Anjung Keli, Pokok Sawa juga mempunyai pelbagai pilihan makanan yang di makan hidang. Semua adalah selera kampung.

7) Kuala Perlis- Dahulu saya jarang makan di Kuala Perlis, tapi sejak ada kenderaan sendiri, saya selalu ke sana terutama dengan keluarga. Tempat pilihan kami adalah di Medan Selera berhadapan hotel Putera Brasmana, Gerai no.3. Tempat makan ini menghadap laut, memang syiokk. Saya minat gerai nombor 3 sebab makanannya lebih sedap berbanding gerai lain. Ok, ini memang hasutan. Saya lansung tak suka makan ABC di Medan selera ni. Mana-mana gerai pun.

Read »
Created by Anonymous 1 year 22 weeks ago – Made popular 1 year 22 weeks ago
Category: Top Restaurant - Eateries-Food   Tags: