You are hereRestoran Patin Tempoyak Pak Usop - Temerloh

Restoran Patin Tempoyak Pak Usop - Temerloh


3

Restoran Patin Tempoyak Pak Usop - Temerloh

http://mountainsofthings.blogspot.com

Sewaktu cerita ini ditulis, terbayang-bayang patin tempoyak Pak Usop yang sungguh sedap itu. Restoran Pak Usop ni terletak dalam Pekan Temerloh, berdekatan dengan Sungai Pahang. Masakan kampung dan ulam-ulaman yang bermacam jenis.

Sekiranya ingin ke sana, pastikan anda sampai sebelum atau pada pukul 12 tengahari untuk menikmati 1st batch of patin tempoyak itu. Bukan itu sahaja, ia bertujuan untuk mengelakkan anda agar tidak lenguh kaki beratur lama untuk patin tempoyak itu. Satu sebab lagi, semua kepala patin adalah menjadi idola dan sekiranya anda juga peminat bahagian kepala, ikutilah nasihat saya kerana suamiku itu pun adalah peminat tegar kepala patin. Kalau lambat, silalah tunggu periuk kedua yang akan dimasak sebaik sahaja periuk pertama habis. Jenuh lagi nak menunggu beb.

Sila lah menjamu mata dan kalau sapa-sapa yang air liur meleleh tu, bukan tujuan saya nak menganiaya kawan-kawan semua.

Inilah Restoran Patin Tempoyak Pak Usop

Read »
Created by Anonymous 1 year 23 weeks ago – Made popular 1 year 22 weeks ago
Category: Top Restaurant - Eateries-Food   Tags: